- Lain-lain
马刺后卫帕蒂-米尔斯:一切重新开始 抱以0-0的心态
![]() |
Sebuah reruai mempamerkan ‘Wuchang: Fallen Feathers’ di konvensyen untuk kandungan digital dan pencipta Bilibili World 2025 di Shanghai, timur China pada 11 Julai 2025. (Bilili/menerusi Xinhua) |
Di sebalik topeng gangsa purba dan kuil-kuil yang ranap, satu babak yang jauh peradaban Shu China kini bergema di pentas global menerusi papan kekunci dan kayu bedik komputer.
‘Wuchang: Fallen Feathers’ merupakan satu set permainan pada zaman Dinasti Ming (1268-1644) yang telah dilancarkan pada Khamis, sekali gus meneruskan momentum kebudayaan yang dihidupkan oleh ‘Black Myth: Wukong’ yang dilancarkan pada tahun lepas.
Malah, waima sebelum pelancarannya pada Khamis, pra-tempahan telah berjaya meletakkan ‘Wuchang: Fallen Feathers’ ke tangga pertama dalam senarai laris dijual global pada platform Steam setakat Selasa -- tidak termasuk permainan percuma dan peranti Steam Deck.
Leenzee Games yang berpangkalan di Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan di barat daya China, menghabiskan masa selama enam tahun untuk mengimbas secara 3D berdozen-dozen peninggalan budaya purba yang ditemui di Sichuan dan pelbagai tempat lain, daripada groto Buddha kepada kampung purba, kata Jiang Min, Ketua Pegawai Eksekutif Leenzee Games.
Seni tradisional tempatan seperti opera ubah muka dan tarian yang dipersembahkan dengan simbahan besi cair juga diselitkan ke dalam penceritaan permain itu untuk memperkaya suasana budayanya.
Bagi Xia Siyuan, penerbit dan Ketua Pegawai Teknologi Leenzee, beliau menyifatkan bahawa tatamain adalah tulang belakangnya. Namun katanya, jiwa dan raga setiap penghasilan yang cemerlang sentiasa terletak pada penzahiran budayanya.
Beliau turut melihat kejayaan ‘Black Myth: Wukong’ sebagai lebih daripada sekadar kemenangan solo.
“Ia akan membina saluran perhubungan yang boleh dicontohi buat permainan China untuk ke pentas global,” ujarnya yang merujuk terhadap segalanya; daripada proses pengagihan dan komunikasi luar negara kepada sistem sokongan teknikal. Bagi studio seperti Leenzee, contoh tersebut telah mengurangkan kesukaran dan meminimumkan salah langkah.
“Walau bagaimanapun, sebagai industri kreatif, permainan memerlukan inovasi yang berterusan dalam tatamain, penceritaan dan penzahiran kebudayaan. Sangat bernasib baik apabila sejarah China selama 5,000 tahun dan kekayaan warisan budaya telah menawarkan kepada kami sumber inspirasi,” tambah Xia.
Syarikat itu merupakan bintang baharu yang kian meningkat di Chengdu, yang turut muncul sebagai hak kreatif digital baharu China, dengan lebih daripada 6,000 firma kreatif digital membentuk ekosistem yang berkembang dalam zon berteknologi tinggnya.
Antara jiran kepada Leenzee adalah Syarikat Chengdu Coco Cartoon, penerbit siri blokbuster ‘Ne Zha’, dan pasukan ‘Honor of Kings’ milik Tencent. Penerbit permainan video Perancis, studio Ubisoft Chengdu telah bersama-sama membangunkan permainan-permainan popular seperti ‘Assassin’s Creed’, dan ‘For Honor’, sekali gus membawa kepakaran penghasilan bermutu AAA ke kawasan tengah China itu.
“Kluster ini mempercepatkan output kreatif,” ujar Jiang, sambil menambah bahawa kandungan ‘Wuchang” Fallen Feathers’ seperti seni dan muzik telah disiapkan menerusi usaha kolaboratif lebih daripada 60 syarikat huluran dan hiliran.
Menurut Laporan Industri Permainan 2024 China, permainan yang dibangunkan domestik telah menjana sekitar AS$18.56 bilion dalam pendapatan luar negara pada tahun lalu.
Jiang memberitahu bahawa kumpulan bakat dan ekosistem teknikal China untuk permainan konsol seorang pemain kini sudah mencapai tahap matang, secara tidak langsung memberikan sokongan penting dalam pembangunan permainan premium.
Pemerhati industri pula berpendapat bahawa dengan pelancaran berturut-turut kedua-dua permainan itu, permainan seorang pemain China kini memasuki pasaran global menerusi nilai pengeluaran premium dan kepelbagaian genre. Bagi pemain antarabangsa, tajuk-tajuk tersebut telah menjadi pintu masuk kepada mitos purba dan bahasa estetik China yang unik.
Di sebuah acara demonstrasi secara luar talian, pemain dari Rusia iaitu Novozholov Ilia tertarik dengan elemen yang ditonjolkan.
“Ini kali pertama saya mengetahui budaya Shu purba menerusi permainan, dan semuanya rasa seperti segar dan menarik. Saya tertarik dan teruja untuk menerokai lebih banyak budaya China menerusi permainan-permainan ini,” ujarnya.