- Lain-lain
宇字属于五行属什么
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Jiang Bin pada Isnin memberi amaran keras terhadap tindakan ketenteraan pihak berkuasa Taiwan yang disifatkan sebagai provokasi berbahaya.
Beliau menyatakan bahawa pasukan bersenjata "Kemerdekaan Taiwan" yang berniat mencetuskan kekecohan, hanya akan memusnahkan diri sendiri.
Kenyataan ini disuarakan Jiang Bin dalam sidang media, sebagai respon kepada soalan media mengenai laporan bahawa pasukan pertahanan Taiwan telah menubuhkan unit pertama pelancar roket Mobility Artillery Rocket System (HIMARS) dan meluluskan pembelian 168 unit M109A7 self-propelled howitzer dari Amerika Syarikat (AS).
Jiang berkata tindakan Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah Taiwan, menggunakan wang rakyat untuk membeli senjata buatan AS sebagai "wang perlindungan" adalah satu kesilapan besar.
Tegas beliau, bergantung kepada AS untuk mencapai kemerdekaan dan menentang penyatuan menerusi kekerasan, hanya akan menemui jalan mati.
"Ketegangan situasi di kedua-dua pantai Selat Taiwan berpunca daripada provokasi DPP dengan campur tangan kuasa luar demi kemerdekaan".
Justeru beliau menyeru rakyat Taiwan untuk melihat niat sebenar DPP dan bersama-sama menentang tindakan pemisahan serta memelihara kedamaian dan kestabilan di Selat Taiwan.
- AS Perkuda Taiwan, Jadikan Mesin Tunai Menerusi Penjualan Senjata
- Jangan Samakan Isu Taiwan dengan Krisis di Ukraine - Jurucakap MFA
- Syarikat Berkaitan "Kemerdekaan Taiwan" Dilarang Lakukan Sebarang Urus Niaga di Tanah Besar
- Tindakan "Bermuka Dua" Pemimpin Taiwan Sudah Lapuk
- China Tolak Penglibatan Taiwan dalam WHA ke-78
- Kuasa Pembelot "Kemerdekan Taiwan" Hidup Dibayangi Latihan Tentera
- Latihan PLA Amaran terhadap Provokasi Kem Lai Ching-te
- Lai?Ching-te, Perosak Kedamaian dan ?Pencetus Krisis Selat Taiwan
- "Taiwan, Provinsi dari China", Tercatat dalam Dokumen PBB
- AS Digesa Hentikan Tindakan Yang Jejaskan Kedamaian di Selat Taiwan